Thursday, June 26, 2008

Wimax

Phuh... tetiba bos aku ckp 'You want to test wireless broadband for free', Aku pun tanpa banyak cerita 'Yes'. Balik rumah dengan tak makan, tak tukar baju terus belek benda alah tu. Susah gak kat rumah aku nih nak carik signal, kat floor atas from bilik anak aku xde signal. Pegi bilik aku buka sliding door baru dapat signal tapi x bleh test sebab my daughter dah nak tido dah. So turun bawah try kat meja makan, dapat. Perghhh best giler xyah nak susah tengok tv. So on laptop sambung ke WIMAX box tuh. Try speed test, dwnld 1.6 Mbps, perghhhhh terlebih excited walaupun signal hanya 'good' saje. X tahu lah kalo signal 'excellent'. Aku panggil anak sulong aku, main internet, punyelah suka dia. Site apa lagi yang anak aku nak surf melainkan site cartoon dia lah, tapi aku cari site yang ada bahan2 ilmu sikit, online learning for kids. Suka gak anak aku main game dlm tu, suka aku tengok dia main. Tahu2 dah pukul 2 pagi, perghhh, anak aku x nak tido lagi, aku dah nak keje dah esok. So aku kena carik taktik biasa, 'Abang, internet xleh main lama2, nanti laptop panas cepat rosak' so aku letak tangan dia kat kipas laptop, dia pun cakap 'ahah lah daddy, panas lah, jom tgk tv', aku pun cakap 'ok', terus tutup laptop. Aku tahu kalo dia tengok tv kejap je dah ngantuk tu, so x sampai 10 minit anak aku ajak tido kat atas.....

Tuesday, June 24, 2008

Hidupku

Aku baru je nak tulih blog nih, sebenarnye tgh bosan, tetiba aje nak tulih blog, tah apa demam aku kali nih. So aku tulih je lar apa aku nak tulih hari nih.

Dah lebih 30 tahun dah aku hidup di bumi Malaysia ini. Dari kecik duduk di Johor, pindah ke KL, pindah lagi ke Labuan dan selepas itu ke KL balik sampai sekarang. Sekolah pun pindah randah, sekolah di Labuan dari tadika sampai darjah 1 x sampai beberapa bulan, kemudian pindah ke sekolah rendah melawati. Pastuh pindah lagi ke sekolah rendah kat gombak. Masa sekolah menengah, aku sekolah kat gombak jugak, lepas SRP dapat result boleh dikatakan ok lah jugak pindah sekolah asrama kat kuantan. Kalo dibandingkan sekolah asrama dengan sekolah biasa, pengalamannya memang berbeza. Sekolah biasa, bangun pagi, breakfast ngan family, pergi sekolah, masuk kelas, belajar, rehat, masuk kelas yang sama balik, pastuh ada pendidikan jasmani sama ada pagi atau petang mengikut waktu persekolahan. Sekolah asrama bangun pagi, sarapan ngan member2, borak2,
masuk kelas, lepas habis kelas 'A' gi kelas 'B' lak kat tempat lain, pastuh rehat, masuk kelas lain lak kat bangunan lain. Kalo bosan tido kat library, siap ada air-cond ngan bean bag lagi, syiok giler. Pastuh kalo nasib x baik, tukang jaga library tuh sembur air pakai spray... hahhhaha.

Itulah hidup aku dulu, 'new born rebel'... bersambung...